Posts

BAB 2 : : HUKUM TANWIN DAN NUN SAKINAH SERTA HURUF YANG TERLETAK SELEPASNYA

Image
Ketahuilah bahawa setiap hruf hija’ yang terletak selepas daripada tanwin mahupun nun Sakinah mempunyai hukum tersendiri. HUKUM TANWIN 1.       Huruf Izhar -Jumhur ulama’ mengatakan bahawa huruf izhar mempunyai enam huruf kesemuanya iaitu hamzah ( ء ) , ha’ ( ه ) ,’ain ( ع ) ,ha ( ح ) ,ghain ( غ ) ,kha’ ( خ ) . -Abu Jaafar berpendapat bahawa huruf izhar mempunyai empat huruf kesemuanya iaitu hamzah ( ء ) ,ha’ ( ه ) ,’ain ( ع ) ,ha ( ح . Kedudukan baris tanwin yang berada di atas huruf adalah dalam keadaan yang sama iaitu selari  متساويتين Kedudukan baris tanwin di atas huruf adalah dalam keadaan berturut-turut  متتابعتين  jika huruf selepas tanwin selain daripada hurf izhar dan iqlab iaitu idgham dan ikhfa’.   2.       Huruf Iqlab -huruf iqlab hanya mempunyai satu huruf iaitu ba ب -Terdapat dua pendapat tentang perl...

BAB 1 : TANDA-TANDA BARIS DAN TANWIN

  BAB 1 : TANDA-TANDA BARIS DAN TANWIN Keadaan baris terbahagi kepada 3 jenis  : a)  Baris atas (fathah) b)  Baris bawah (kasrah) c)  Baris depan (dhommah) 1)  BARIS ATAS (FATHAH) •  Baris fathah diambil dari alif kecil (alif saghirah) yang merupakan satu garis yang melintang atau ditidurkan (-). Terdapat khilaf pada tempat letak baris itu samada di atas huruf yang berbaris dan inilah yang diamalkan. Ada pun pada pandangan yang dhoif, ianya perlu diletakkan dihadapan huruf.   2) BARIS DEPAN (DHOMMAH)   •  Baris depan diambil dari wau kecil (wau saghirah). Terdapat khilaf pada kedudukan tanda baris depan samada berada di atas huruf seperti mana yang diamalkan atau berada dihadapan huruf  dan ini adalah pendapat yang dhoif. Adapun dari segi bentuk tanda, mazhab masyariqah  berpendapat dengan huruf wau (و) yang sempurna dan inilah yang diamalkan manakala pendapat mazhab magharibah   pula huruf wau yang dibuang kepal...

PENGENALAN ILMU DHABTUL QURAN

MUKADDIMAH ILMU DHABT Pengertian : Bahasa:Sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkara Istilah   :Suatu ilmu yang memberi tanda kepada huruf-huruf al-Qurandaari segi harakat(baris),sukun(tanda mati),syaddah,mad dan lain-lain lagi.   PEMBAHAGIAN TANDA Tanda terbahagi kepada dua iaitu Tanda I’rab dan Tanda I’jam 1.       Tanda I’rab Ø   Dipelopori oleh Abu Aswad Ad Duali Ø   Tanda-tanda yang menunjukkan bukti sama ada sesuatu huruf itu adalah berbaris atas ,bawah dan hadapan atau sukun atau syiddah atau mad. Ø   Terdapat khilaf di kalangan para ulama dhabt mengenai peletakan sesuatu tanda pada huruf tersebut 2.       Tanda I’jam Ø   Dipelopori oleh Khalil bin Ahmad, Nasr bin ‘Asim, Yahya bin Yu’mar Ø   Tanda dalam bentuk titik Ø   Tanda yang membezakan huruf tersebut sama ada bertitik atau tidak bertitik.     TANDA I’RAB DARI SEGI ASAL USUL TITIK DAN B...