BAB 1 : TANDA-TANDA BARIS DAN TANWIN
BAB 1 : TANDA-TANDA BARIS DAN TANWIN
Keadaan baris terbahagi kepada 3 jenis :
a) Baris atas (fathah)
b) Baris bawah (kasrah)
c) Baris depan (dhommah)
1) BARIS ATAS (FATHAH)
• Baris fathah diambil dari alif kecil (alif saghirah) yang merupakan satu garis yang melintang atau ditidurkan (-). Terdapat khilaf pada tempat letak baris itu samada di atas huruf yang berbaris dan inilah yang diamalkan. Ada pun pada pandangan yang dhoif, ianya perlu diletakkan dihadapan huruf.
2) BARIS DEPAN (DHOMMAH)
• Baris depan diambil dari wau kecil (wau saghirah). Terdapat khilaf pada kedudukan tanda baris depan samada berada di atas huruf seperti mana yang diamalkan atau berada dihadapan huruf dan ini adalah pendapat yang dhoif. Adapun dari segi bentuk tanda, mazhab masyariqah berpendapat dengan huruf wau (و) yang sempurna dan inilah yang diamalkan manakala pendapat mazhab magharibah pula huruf wau yang dibuang kepala dan ianya seperti huruf dal (د).
3) BARIS BAWAH (KASRAH)
• Baris bawah pula diambil dari ya ma’qusah (ya yang dibuang kepala) atau ya mardudah (ya yang terbalik) (ے). Kedudukan untuk baris bawah ini terletak dibawah huruf.
Tiga jenis baris atau tanda yang diterangkan tadi adalah untuk semua huruf samada barisnya dii’rabkan (إعراب), bina’ (بناء), banih (بنية), naqal (تقل) ataupun apabila bertemu dua sukun.
Adapun untuk huruf yang tidak perlu letak baris apabila keadaanya di awal surah-surah yang tertentu. Contoh :
a) الٓم
b) قٓ
c) طه
Mazhab masyariqah berpendapat bahawa tidak perlu diletakkan baris pada huruf tersebut berbeza dengan pendapat mazhab magharibah yang mana perlu diletakkan baris diatasnya.
Untuk bahagian tanwin ianya merujuk kepada baris yang ditambah. Terdapat khilaf samada perlu menambah huruf nun ataupun tidak. Jika hendak ditulis, maka huruf nun tersebut akan digantikan dengan alif. Namun, alif hanya akan ditulis apabila perkataan itu dalam keadaan mansub.
1. Yang tidak ditulis dengan alif maqsurah terbahagi kepada 4 mazhab :
• Mansub diakhir hamzah contohnya (ماءً)
• Makhtum dengan ta’ ta’nis contohnya (رحمة)
• Dengan majrur contohnya (من غفور)
• Dengan marfu’ (بالمؤمنين رؤوف رحيم)
2. Yang ditulis dengan alif maqsurah terbahagi kepada 4 mazhab :
• Terdapat baris dan tanwin diatas huruf sebelum alif contohnya (عليمًا). Ini adalah mazhab imam Al-Khalil dan Sibawaih dan inilah yang diamalkan oleh masyariqah.
• Ada baris diatas alif contohnya (عليماً). Ini adalah pandangan Asy-Syaikhaani dan magharibah.
• Ada baris atas huruf dan tanwin atas alif (عليَماً)
• Ada baris atas huruf kemudian dikira bersama tanwin diatas alif contohnya (عليَماً)
Ada pun untuk dua mazhab yang terakhir itu adalah pandangan yang dhoif.
3. Untuk yang berbaris pula terdapat 4 pendapat :
• Marfu’ contohnya (سحر مفترى).
• Mansub contohnya (سمعنا فتى).
• Majrur contohnya (في قرى محصنة) dan inilah yang diamalkan.
• Bagi huruf hamzah (ماء) terdapat tiga pendapat cara peletakan baris iaitu:
i. Hazah selepasnya alif dan diletakkan tanwin diatasnya (ماءً).
ii. Hamzah selepas alif dan selepasnya itu ada alif dan diletakkan tanwin diatasnya (ماءاً).
iii. Ada alif kecil sebelum alif dan hamzah pada huruf mim sementara hamzah diletakkan dalam rumah mim dan ditambahkan dengan tanwin atas hamzah (مـٰئًا).
Ada pun untuk dua mazhab yang terakhir itu adalah pandangan yang dhoif.
Comments
Post a Comment