BAB 2 : : HUKUM TANWIN DAN NUN SAKINAH SERTA HURUF YANG TERLETAK SELEPASNYA
Ketahuilah bahawa setiap hruf hija’ yang terletak selepas daripada tanwin mahupun nun Sakinah mempunyai hukum tersendiri.
HUKUM TANWIN
1. Huruf Izhar
-Jumhur ulama’ mengatakan bahawa huruf izhar
mempunyai enam huruf kesemuanya iaitu hamzah(ء),ha’(ه),’ain(ع),ha(ح),ghain(غ),kha’(خ).
-Abu Jaafar berpendapat bahawa huruf izhar
mempunyai empat huruf kesemuanya iaitu hamzah(ء),ha’(ه),’ain(ع),ha(ح.
Kedudukan baris tanwin yang berada di atas huruf adalah dalam keadaan yang sama iaitu selari متساويتين
![]() |
Kedudukan baris tanwin
di atas huruf adalah dalam keadaan berturut-turut متتابعتين jika huruf
selepas tanwin selain daripada hurf izhar dan iqlab iaitu idgham dan ikhfa’.
![]() |
|||
![]() |
2.
Huruf Iqlab
-huruf iqlab hanya mempunyai satu huruf iaitu ba ب
-Terdapat
dua pendapat tentang perletakan tanda iqlab seebelum huruf ba(ب)iaitu pendapat imam
Abu Daud dan juga imam Ad Dani
·
Abu Daud:
-Meletakkan
mim kecil sebagai ganti tanwin dan meletakkan tanda baris dan ini yang
diamalkan oleh kita.
-إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمُۢ
بِذَاتِ ٱلصُّدُور
-Kerana tanda atau bacaan iqlab kearah sebutan
mim.
·
Ad Dani:
-Meletakkan
tanwin di atas huruf sebelum iqlab
-إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمُُ
بِذَاتِ ٱلصُّدُور
-Kerana
tanda atau isyarat bacaan iqlab menunjukkan bukan izhar
HUKUM NUN SAKINAH
1.
Huruf Izhar , Ikhfa’ atau Iqlab
-Meletakkan
barisnya sahaja selepas nun Sakinah
-يُنفِـقُونَ / مَنْ عَمِلَ
2.
Huruf Idgham
·
Kumpulan yang pertama :
-Mengatakan
bahawa huruf idgham terdiri daripada lam(ل),
mim(م), nun(ن),
ra.(ر)
-Meletakkan tasydid dan juga baris bagi menunjukkan bahawa makhraj yang
dimasukkan adalah sempurna (idgham kamil).
-(هُدࣰى مِّن رَّبِّهِمۡۖ ,یَوۡمَىِٕذࣲ
نَّاعِمَةࣱ, وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ)
·
Kumpulan kedua mengatakan bahawa huruf idgham
terdiri daripada wau(و), ya(ي)
1.
Satu kalimah
-Meletakkan sukun di atas nun bagi menunjukkan kalimah
tersebut dibaca secara izhar (jelas).
-(ٱلدُّنۡیَا , قِنۡوَانࣱ)
2.
Dua kalimah
Qiraat Kholaf an Hamzah
-Mengosongkan
nun dari sukun pada nun Sakinah (izhar)
-Meletakkan
tasydid dan baris pada huruf selepas tanwin ataupun nun sakinah bagi
menunjukkan bahawa dibaca dengan memasukkan makhraj dengan sempurna (idgham
kamil)
-(وَبَرۡقࣱ یَّجۡعَلُونَ , رَغَدࣰا وَّٱدۡخُلُوا۟).
3.
Pendapat ulama mengenai hukum idgham bagi dua
kalimah
o Pendapat yang
diamalkan:
-Tidak
diletakkan sukun pada hukum nun
-Tidak
diletakkan tasydid pada baris huruf selepasnya
-Bagi
menunjukkan bahawa makhraj huruf tersebut tidak dimasukkan sepenuhnya.
-(من يَقول)
o Pendapat magharibah
dan menjadi pilihan Syaikhan (Abu Daud dan Ad Dani)
-Meletakkan
sukun di atas hukum nun
-Meletakkan
tasydid pada baris huruf selepas hukum nun
-Bagi
menunjukkan bahawa ianya idgham naqis iaitu dimasukkan separuh daripada
makhrajnya.
Comments
Post a Comment