PENGENALAN ILMU DHABTUL QURAN

MUKADDIMAH ILMU DHABT

Pengertian :

Bahasa:Sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkara

Istilah  :Suatu ilmu yang memberi tanda kepada huruf-huruf al-Qurandaari segi harakat(baris),sukun(tanda mati),syaddah,mad dan lain-lain lagi.

 

PEMBAHAGIAN TANDA

Tanda terbahagi kepada dua iaitu Tanda I’rab dan Tanda I’jam

1.      Tanda I’rab

Ø  Dipelopori oleh Abu Aswad Ad Duali

Ø  Tanda-tanda yang menunjukkan bukti sama ada sesuatu huruf itu adalah berbaris atas ,bawah dan hadapan atau sukun atau syiddah atau mad.

Ø  Terdapat khilaf di kalangan para ulama dhabt mengenai peletakan sesuatu tanda pada huruf tersebut

2.      Tanda I’jam

Ø  Dipelopori oleh Khalil bin Ahmad, Nasr bin ‘Asim, Yahya bin Yu’mar

Ø  Tanda dalam bentuk titik

Ø  Tanda yang membezakan huruf tersebut sama ada bertitik atau tidak bertitik.

 

 

TANDA I’RAB DARI SEGI ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN

  • Abu Aswad Ad Duali merupakan ulama yang pertama mencipta titik-titik (naqt al I’rab )
  • Menurut cerita,Muawiyah bin Abu Sufiyan meminta Ziyad iaitu gabenor Basrah pada ketika itu untuk memerintahkan anaknya Ubaidullah bin Ziyad mengadapnya.Beliau mendapati dalam pertuturannya terdapat beberapa kesalahan tatabahasa.Lalu,Muawiyah menyuruh ibnu Ziyad balik bertemu bapanya.Muawiyah berasa risau dengan bangsa-bangsa ‘ajam yang telah merosakkan Bahasa Arab.Ziyad meminta Abu Aswad untuk meletakkan tanda pada ayat-ayat al-Quran bagi megelakkan kesalahan kepada pembaca apabila membacanya.Abu Aswad pada mulanya enggan berbuat demikian kerana ianya adalah sesuatu yang bi’ah (nabi Muhammad dan para sahabat tidak pernah melakukannya).Kemudian,gabenor Basrah iaitu Ziyad menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan (tempat Abu Aswad biasa lalu lalang) .Apabila Abu Aswad melintas di situ lantas lelaki tersebut membaca ayat daripada surah at Taubah dengan “rasulih” padahal bacaan yang betul adalah “rasuluh”.Taktala Abu Aswad mendengar bacaan itu lalu dia terperanjat dan tergesa-gesa berjumpa semula dengan ziyad lalu menerima permintaan Ziyad untuk meng’irabkan al-Quran agar tidak berlaku lahan pada pembacaan.
  • Abu Aswad telah meminta seorang lelaki daripada qabilah Abdul Qias seraya berkata “bawalah semua mushaf dan satu bekas berisi cat yang berlainan warna dari warna mushaf tersebut. Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah kamu letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya. Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung , (tanwin), letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya.

 

TANDA AL I’JAM TERBAHAGI KEPADA DUA :

1.      Huruf Mu’jamah

-Huruf yang mengandungi titik antaranya ialah:

 ((ب، ت، ث، ج، خ، ذ، ز، ش، ض، ظ، غ، ف، ق، ن، ي

-15 huruf kesemuanya

2.      Huruf Muhmalah

-Huruf yang tidak mengandungi titik (13 huruf kesemuanya)

-Selain daripada huruf-huruf Mu’jamah

-(ا، ح، د، ر، س، ص، ط، ع،ك،ل،م، ه و)

 

LIMA KEADAAN HURUF YA YANG TIDAK PERLU DILETAKKAN TITIK PADANYA

1.     Apabila huruf ya berada di hujung kalimah contoh: (محياى)

2.      Apabila kedudukan huruf ya diganti dengan huruf hamzah  (لئلا)

3.      Apabila huruf ya diganti kedudukannya dengan huruf lain sama ada di tengah (هدىهم) atau di hujung kalimah  (تهوى).

4.      Apabila huruf ya dihazafkan kerana terkumpul dua ya sama ada di tengah (النبيىن) atau di hujung kalimah (يستحيى).

5.      Apabila huruf ya berfungsi sebagai silah ataupon huruf ilhaq  (فيه هدى).

 

 

FAEDAH PERLETAKAN TITIK PADA HURUF AL-QURAN

1.      Menghilangkan keraguan dan kesamaran pada huruf-huruf al-Quran supaya tidak bertukar huruf yang bersabdu atau tidak, yang mana mati dan berbaris.

2.      Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah harakah, sukun, syaddah, ,mad, hamzah.


Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : TANDA-TANDA BARIS DAN TANWIN